Kelemahan gentian optik berbanding wayar Gentian_optik

  • Mempunyai kos tinggi
  • Memerlukan pemancar dan penerima yang lebih mahal.
  • Lebih sukar dan mahal berbanding wayar
  • Pada kuasa optik tinggi, ia cenderung kepada "fiber fuse" di mana cahaya yang terlalu banyak bertembung dengan kecacatan gentian akan memusnahkan beberapa meter gentian sesaat . Peranti perlindungan "fius gentian" pada pemancar mampu memutuskan litar untuk mengelakkan kerosakan, jika keadaan melampau dianggap boleh berlaku.
  • Tidak mampu membawa kuasa elektrik untuk memberi kuasa kepada peranti terminal. Bagaimanapun, trend komunikasis kini menghilangkan kepentingan ini: kemudahan telefon bimbit dan pembantu peribadi digital (personal digital assistant, PDA); bateri sokongan yang dijual sekali dengan peranti komunikasi; ketiadaan minat bagi gabungan kabel logam-gentian; dan peningkatan sistem perantaraan berasaskan gentian).
  • Sukar diperbaiki dalam keadaan darurat seperti perang, bencana alam, dan lain-lain, dengan itu menyukarkan lagi perhubungan ketika ia amat diperlukan.

Hampir keseluruhan kelemahan ini telah diatasi atau dipingir dalam kegunaan semasa, dan sistem komunikasi kini hampir sentiasa menggunakan gentian optik. Kos mereka dalah lebih ekonomi berbanding kabel koaksial lama disebabkan pemancar dan penerima (laser dan fotodiodes) adalah lebih murah berbanding litar elektrik dengan keupayaan lebih tinggi. Kos penggandaan dalam sistem pemancar jarak jauh elektrik hampir tidak pratikal dalam komunikasi moden.